Tuesday, July 20, 2010

Kawan-kawan Istimewa Saya

Arini ada satu cerita kelakar, duduk kat opis dengan 2 kawan-kawan istimewa saya bersama bos saya. pagi tadi busy sket dengan persediaan untuk meeting yang berlangsung selepas makan tengah hari. sedang sibuk kami menyiapkan bahan-bahan untuk meeting tersebut, tercetuslah beberapa peristiwa mencuit hati... hihihi...

Peristiwa ini bermula apabila seorang kawan istimewa saya itu ingin menggunakan software yang tiada di PC nye. jadi, beliau memerlukan PC yang ade software tersebut untuk melakukan tugas yang juga salah satu persiapan untuk meeting pada petang ini. dengan menggunakan PC lain yang bukan miliknya, jadi beberapa perkara telah berlaku di luar pengetahuan beliau...

Rakan saya itu sgt istimewa kerana beliau tidak mampu mendengar satu bunyi pun yang ada di dunia ini. justeru itu, bunyi kokokan ayam, lembu, itik dan sebagainya dek game farmville yang sedang dimainkan itu rupa-rupanya telah mengantoikan dirinya. ape tak nya, semua orang tengah busy wat preparation dan dia juga terlibat sama, boleh pula dia main game di PC orang lain itu, dah la volume PC tu agak kuat sehingga dapat didengari oleh saya dan bos saya.

Lalu, bos saya pon bertanya, bunyi ayam ape tu anis? saya hanya mampu tergelak sambil berkata, bos cek la sendiri. dia tgh wat ape tu... kekeke... bila bos saya pergi ke tempat beliau bermain game tu, beliau kelihatan sgt kyusyuk menyiapkan kerja nya dan sememangnya tidak menyedari yang dirinya telah melakukan kesalahan iaitu bermain game sewaktu keadaan sangat sibuk... ekspresi muka beliau sgt jujur dan serius menyatakan software di PC ini run so slow. hahaha... alasan semata-mata... hihihi

ape-ape pon, beliau telah menghiburkan hati kami... walaupon tengah sibuk, rakan istimewa saya itu, masih mampu bermain game dengan volume yang kuat tanpa rasa bersalah... heheehe..