Sunday, October 16, 2011

Pulau Banding


pulau banding, haa... macam2 perkara yang tak boleh dilupakan di sini... bermula dengan tidak tahu apa-apa langsung berkenaan pulau banding ni... sehinggalah saya telah meneroka sedikit sebanyak suasana di pulau banding ini.

apa yang menarik sebenarnya tentang pulau banding ini... pulau banding terletak di tengah-tengah hutan perjalanan dari gerik ke jeli, kelantan... sebuah kepulauan yang dibangunkan di tengah-tengah kehijauan alam yang sangat menarik...

baru-baru ini saya telah ke sini sekali lagi bagi mengendalikan Persidangan Perpustakaan Permainan i-play yang ke 4.. sesuai dengan temanya, Play to Love Nature... kami ke sini atas satu tujuan untuk meneroka keindahan bumi hijau yang tidak dicemari...

di sini, kami bersama-sama rakan-rakan peserta mengalami sendiri pengalaman menaiki bot selama sejam lebih ke perkampungan orang asli... berjalan kaki hampir 20 minit di tengah-tengah hutan sebelum sampai ke perkampungan mereka.. di dalamnya terdapat sebuah rumah batu yang menempatkan alat-alat mainan perpustakaan permainan i-play... sebuah tempat pembelajaran yang dikendalikan oleh seorang remaja yang sangat saya kagumi... sejak mengenali beliau dari 2009, saya melihat perkembangan dan kemahiran beliau yang semakin matang terutama dalam aspek komunikasi... beliau yang sangat saya kagumi ini bernama emi.. tahniah emi... keberanian anda menyentuh hati saya terutama apabila awak menyebut "ini Toy Library saya"... :D

menyusuri laluan kecil yang dipenuhi lalang menyebabkan jari-jari ini terkena duri pokok semalu... apa tidaknya, tangan x pandai duduk diam... namun, terima kasih saya kepada wan kerana terus membuang duri-duri tersebut dari jari-jari saya.. sedikit berdarah, namun tidak mengapa kerana pengalaman yang saya perolehi di sini tiada tandingannya dari luka yang x seberapa itu...

seterusnya kami meneruskan perjalanan ke sg ruok.. berada di dalam bot kecil yang diberi Bot 8 : ANIS merupakan satu lagi detik menarik.. bersama-sama makanan untuk para peserta dan ditemani oleh mel, wan dan incik suhaimi... kenangan makan epal di dalam bot... ha... wan ni jahat sungguh, epal di tangan belum habis lagi, diambilnya pula... terus la sy mengambil keputusan untuk membuang terus epal tersebut...

setiba di jeti untuk ke air terjun sg ruok, kami terpaksa melalui kawasan hutan hujan... teringat saya cerita Nujum pak belalang... dimana kami melalui kawasan lapang yang panas, hutan yang disaluti pokok-pokok tebal serta air sungai yang sangat sejuk... perjalanan selama 15 minit menemukan kami sebuah air terjun yang mendamaikan... tp sayang, kerana tidak pandai berenang dan tiada keberanian, saya tidak berada di bawah air terjun tersebut... namun, berada di sana telah membuatkan hati ini gembira dan teruja... jutaan terima kasih kepada incik life jacket kerana memberi peluang kepada saya untuk mendekatkan diri dengan air terjun tersebut... di sini jua, pacat2 telah menaikkan diri ke badan saya... geli yang x dapat diungkapkan... tapi pengalaman di sini memang terbaik...

perjalanan pulang ke belum rainforest resort di kala panas terik membuatkan saya terlena seketika... lumrah nya memang begitu, masa pergi, x tidur langsung... balik, terus boleh tidur walaupun tiada tempat duduk bersandar... saya masih boleh lagi tidur... smurfzzz...

antara aktiviti lain adalah sesi karaoke, dari awal saya memang tidak bercadang untuk karaoke kerana nak beri peluang kepada para peserta... namun, kerana gian dah lama x karaoke, karaoke jua la saya... byk jua lagu yang dinyanyikan.. syok sendirikan.. hahaha...

setelah selesai segala aktiviti yang dirancang, kami berehat satu hari lagi di belum rainforest resort... aktiviti terakhir yg kami lakukan di sini adalah sesi berkayak... pandai jua la saya berkayak atas tunjuk ajar wan dan kami beramai-ramai menaiki bot untuk melihat sendiri bunga raflesia... sangat teruja... x sabar nak tunggu gambar raflesia...

akhir kata, terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan saya yang byk membantu dalam menjayakan persidangan ini... semoga semua berpuas hati dengan apa yang telah kita lalui dan segala yang buruk itu harap dimaafkan...

-sayangilah bumi!!!-

Sunday, October 2, 2011

Damai

kenapa damai? kerana post hari ini adalah merupakan nukilan seorang yang looking forward untuk program yang bakal dijalankan pada minggu hadapan.. saya akan ke pulau banding dari 9 - 14 Oktober ini... sebuah tempat yang mendamaikan dan jauh dari hiruk pikuk bandar yang bising... yeah... perasaan sekarang ni, serabut dengan persiapan... banyak benda kena fikir... x dilupakan, perancangan plan B & C... semua pun perlu difikirkan.. demi memastikan segala berjalan lancar..

apa yang boleh dilakukan adalah terus berdoa dan berdoa agar segalanya dipermudahkan... amin...