Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Menyusuri hari demi hari, x sangka Ramadhan sudah tiba.... bulan yg menjanjikan seribu satu keindahan ini tiba jua sekali lagi. di ketika dunia menghadapi wabak kuman yang semakin menular ke sana sini, kuharapkan fonemena ini akan segera pulih di tambah pula dengan ketibaan bulan Ramadhan ini...

di waktu subuh tadi, tiba2 terigt pula kenangan bersama-sama rakan seperjuangan sewaktu diri ini masih belajar erti hidup di UiTM. kami beramai-ramai yg terpaksa keluar kolej dan menetap pula di rumah sewa. walaupon agak payah pada awalny, lama-kelamaan kami bersyukur dan merasa lebih selesa berada di luar.

menjalani hidup bersama komuniti membuatkan kami lebih fames dari dulu. itu yg sgt tidak boleh dinafikan. siapa yg x kenal kami di taman bendahara @ segamat, johor tu. rumah paling bising dan kecoh sekali... x kira siang ato pon malam.

membawa ke bulan ramadhan, rumah kami bertambah kecoh. bermula di subuh hari, kami yang bangun sahur akan ke dapur dan panaskan apa yg patut. sudah bermula episod bising di subuh hari, dari kelas, pulang ke rumah, sunyi seketika kerana pasti akan tidur di tgh hari. student life gitu kan... :D

kemudian, petang hari dah sibuk buat kuih muih ato juadah bebuka ato pon mula bersiap siap ke bazar ramadhan. bazar yg sgt sonok sy rasakan. pelbagai juadah yg sedap2 ada disitu. terigt sy kepada murtabak RM5 yg byk sgt kenangannya, x ketinggalan p.cik yg jual onde-onde tu. laku sungguh onde-onde beliau. smpkan dah abes, yg tggl onde-onde yg dah pecah gula merahnya. bile ditny, p.cik dah abes ke, trus p.cik tu bagi onde-onde yg dah pecah2 tu dgn percuma.

em,kene stop dulu.. nnt smbg lagi

Saturday, August 8, 2009

pemergian seorg sahabat dek kerana H1N1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

sekalung ingatan tulus dan ikhlas dari saya dan rakan-rakan yg mengenali arwah. mgkn saya x rapat sgt dgn arwah sepanjang proses pembelajaran saya di uitm segamat dulu, tapi yang membuat kan perkenalan kami bertambah erat apabila kami smua ke sarawak bersama-sama...

menjalani aktiviti kemasyarakan bersama di bawah payung seorg ketua yg bernama Siti Aisyah Koestiardy yg menjawat jawatan sebagai YDP persatuan pelajar-pelajar akaun di UiTM segamat. di bawah pemerintahan beliau, kami dapat rasakan hubungan junior senior agak rapat disitu terutama selepas menjlnkan pelbagai aktiviti bersama...

akhirnya, pada 7/8/2009 bersamaan 17 syaaban yang lalu, arwah telah kembali ke rahmatullah selepas bertarung melawan penyakit H1N1 selama lebih kurg seminggu. selama beberapa hari arwah telah ditempatkan di ICU dan semakin lama semakin tenat sehingga menghembuskan nafas terakhir tepat jam 8.55 mlm...

selembar al-fatihah di hadiah kan kepada mu, smg tenang di sana dan tergolong bersama mereka yang beriman dan solihin....

Wednesday, August 5, 2009

pemandu alfa romeo yang paling poyo skali...

kames mggu lepas, saya dan ofismate saya dlm perjalan dari pd ke JB... sepanjang perjalanan tu, kami borak2 sambil gelak kan dayah tido... hehehe. tehangguk hangguk dah beliau tido di belakang tu. tapi perjalanan kami mendapat sedikit gangguan dari sebuah kereta. kalu tidak silap saya, kereta seperti di atas ini la yg telah mengganggu kelancaran perjalanan kami...

sungguh tidak sopan skali pemandu ini yg mana tlah menghimpit kereta saya dari lane plg laju smp ke lane plg perlahan skali... apa yg dia x puas hati sangat, kami pon x tahu... time tu, sy dah tekan 130... xkan nk bawak 170 kut... ish... bila dia dah impit2 tu, kami pon ke tepi je la.. sampai la kereta n van di belakang hon dia... baru la dia berhenti buat gangguan terhadap kami dan meneruskan kelajuan kereta dia...

x faham btul sikap manusia kdg2 ni... dah la bwk family, nk tekan laju2, dah tu, impit pulak org... sabar aje la..