Friday, April 3, 2009

More about e2L

seperti yg dijanjikan, br ni la nk story psl my responsibility in e2L @ Educate to Learn. most of my responsibilities adalah terlibat dlm penyediaan i-play toy library. mgkn ramai yg x tau psl toy library ni. toy library ni dah lame ade ato da fames di overseas. tp kt M'sia ni kurang sket org nk take serious. mengikut kajian yg tlh dijalankan, bermain akan mencergaskan lagi pemikiran kanak2 dan membantu mrk tuk berkembang lebih awal dr mrk yg x aktif bermain.

justeru itu, pendekatan yg diambil oleh Executive Director e2L adalah tuk mewujudkan persekitaran permainan tuk kanak2 especially bg mrk yg kurang berkemampuan dan mereka yg tggl di luar bandar. contohnye e2L tlh menubuhkan beberapa toy library di kwsn org asli dan kwsn kampung di sabah dan sarawak. ini merupakan satu usaha murni bersama pihak Yayasan EMKAY bagi memastikan smua kanak2 mendapat pluang yg sama rata dgn mrk yg berkemampuan dari segi permainan dan pembelajaran.

saya pule selaku project coordinator akan memastikan projek berjalan lancar sehingga di launch dan akan disusuli dgn 3 siri tempoh pemantauan bg melatih mereka agar mahir dgn sistem yg kami sediakan dan seterusnya mampu mengendalikan sendiri sistem itu setelah tamat tempoh pemantauan yg kira2 setahun dr tarikh perasmian.

selain dr itu, e2L juge menubuhkan institusi bagi mereka yg berminat tuk melanjutkan pelajaran dalam pendidikan awal kanak2 ato early childhood education. disini terdapat kursus yg diberi nama DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION yg mendapat pengiktirafan LAN. byk yg menarik dpt diikuti dr program diploma ini dan tentunya menjanjikan satu sumber ilmu yg bermanfaat bagi mereka yg ingin membuka taska ato tadika mereka sendiri.

sekiranya berminat, lawatilah laman web kami di http://www.educatetolearn.com.my/ ato email saya di hanisah@educatetolearn.com.my till then, daa...

2 comments:

  1. huhu..marketing exec nih kalo bercakap..shaye terasa cm nak bli la..tapi tggu shaye ada anak la..bleh?

    ReplyDelete
  2. hahaha...thx for ur support...
    insyaAllah, once dah ade gud news nnt...
    contact2 la... kite leh wat package baik punye tuk ani...

    ReplyDelete