Wednesday, June 27, 2012
saya Amar kawan Anis. Saya rasa saya comel.
saya keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi. pemikiran saya tajam macam pedang.saya suka berangan.sbb berangan lagi bagus dari sejarah.sekian bye.
Tuesday, June 26, 2012
assignment siap
sudah berjaya menuliskan dan memperbaiki segala kerja sekolah. tinggal final checking n buat printing pastu boleh hard cover kan dah. yeay.
Sunday, June 24, 2012
iphone 4s
kawan baru saya sekarang adalah iphone 4s. yang seronoknya beli dengan duit sendiri, hasil usaha sendiri plus belas ehsan orang di sekeliling la kan. walau apa apa pun ia tetap dibeli sendiri. haha. kalau dulu, pernah la tengok satu bro ni duk main iphone dia dalam kelas. 4 jam pun, 4 jam pun dia boleh ngadap iphone dia.
sekarang ni sudah tahu lah apa sebabnya, pasalnye ia pun boleh melekakan saya selama lebih dari 4 jam. dahsyat. selalu saya buat ape dengan iphone saya? haa antara aktivitinye ialah main apps
- madcoasters
- smurfs village
- words with friends
- whatsapp
- draw something
- amik gambar
- amik video (sampai orang cakap, cantik pula video ni ye? dengan bangga nye jawab. ni amik dgn phone anis, hehehe)
- macam2 lagi laa
em memang puas hati la pakai ni, walaupun ia iphone4sanis ni dah jatuh n cedera dgn dahsyatnye satu kali tu. apa2 pun kualiti picture n video masih lagi ok. alhamdulillah. luve you my iphone 4s. thank you...
satu picture untuk tatapan..
sekarang ni sudah tahu lah apa sebabnya, pasalnye ia pun boleh melekakan saya selama lebih dari 4 jam. dahsyat. selalu saya buat ape dengan iphone saya? haa antara aktivitinye ialah main apps
- madcoasters
- smurfs village
- words with friends
- draw something
- amik gambar
- amik video (sampai orang cakap, cantik pula video ni ye? dengan bangga nye jawab. ni amik dgn phone anis, hehehe)
- macam2 lagi laa
em memang puas hati la pakai ni, walaupun ia iphone4sanis ni dah jatuh n cedera dgn dahsyatnye satu kali tu. apa2 pun kualiti picture n video masih lagi ok. alhamdulillah. luve you my iphone 4s. thank you...
satu picture untuk tatapan..
Sunday, November 20, 2011
presentation selesai
setelah mengalami pelbagai dugaan dalam mempersiapkan slides untuk presentation, akhirnya segalanya selesai... x perlu lagi saya bersengkang mata untuk menyiapkan presentation bersama-sama dengan kamu berdua... ha... kesian lah kamu kerana x berjaya menjawab soalan tadi kerana kamu tidak faham dan hanya take advantage dari apa yang telah saya siapkan...
apa-apa pun, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan selama ini dan semoga saya x satu kumpulan dengan kamu lagi...
daa...
apa-apa pun, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan selama ini dan semoga saya x satu kumpulan dengan kamu lagi...
daa...
Monday, November 7, 2011
ke langkawi lagi...
x sangka sungguh kami dapat ke langkawi lagi.. "padang matsirat menjadi saksi..." :D itulah statement yang paling wan suhana x mahu dengar dari mulut hanisah... wahaha.. lantak dia, lagi dia x suka, lagi suka buat kan... coz dia pun macam tu juge, suka buat benda orang x suka kan... heee...
ke langkawi kali ini, merupakan tempoh percutian yang paling lama pernah saya berada di pulau lagenda ini kerana sebelum-sebelum ini, saya hanya bercuti paling lama pun selama 3 hari 2 malam. tp pada kali ini, percutian saya mengambil masa selama 4 hari 3 malam...
percutian di tengah-tengah kesibukan kerja dan tugasan membuatkan hati ini tidak lah setenang mana sepanjang tempoh percutian, tetapi aktiviti yang telah dirancang perlu diteruskan... perjalanan dari rumah ke LCCT mengambil masa lebih kurang 5 jam, ape taknya saya ke bangsar - dp (breakfast di demaju & mcD) - bangsar - LCCT... tp tidak mengapa, janji selamat sampai dan x ketinggalan flight..
berehat sebentar di marrybrown, kami menikmati hidangan makan tengah hari sambil bergosip-gosip... kemudian, menunggu di ruangan menunggu sambil memerhatikan kapal terbang datang dan pergi... wah... lebih kurang pukul 3.40, kami bersedia untuk menaiki kapal terbang kami. nak ambil gambar, tapi dimarah pula... sian kami... tidak mengapalah...
naik flight.. perjalanan lebih kurang 45 minit saja.. x sabar nak sampai langkawi... tp alamak, terlupa pula nak call abg madi (PIC yang beri kami sewa keretanya)... em, setibanya di langkawi, terus buat call... dan ternyata kereta gen2 berwarna orange kami telah siap sedia berada di luar... wah.. terus kami Grand Beach Motel, Pantai Cenang.
baru kami realise rupanya di sini budayanya kami berempat tidak dibenarkan menginap di bilik yang dikhaskan untuk 2 orang sahaja.. katanya itu adalah prosedur.. huh semata-mata kerana prosedur kah? atau mahu kami bayar lebih untuk menguntungkan kamu... x tahu ke kami ini ada bajet yang limited... tidak mengapalah, kami hanya akan stay 1 malam saja, kerana bilik yg sesuai untuk kami pun tiada kan... walaupun suasana di sini sangat menarik disebabkan chalet di tepi pantai yang mendamaikan... ha... tenang...
sebaik sahaja menyelesaikan masalah bilik kami, kami terus jalan2 di tepi pantai.. terjumpa mat-mat saleh dan minah-minah saleh yang duduk bersidai di bawah cahaya matahari... au... silau... sambil tu, kami mencari bilik baru untuk kami.. em, jumpa sudah, terus bayar deposit.. esok, lepas island hopping, kami akan check in di Melati... em, Melati apa ye? x hingat la... tp lokasi nya masih di Pantai Cenang...
jalan-jalan di pantai sambil menikmati pemandangan sunset... satu yang x mengembirakan adalah kerana dimarahi oleh Abg Madi yang katanya kami ni tekocoh sangat, x sabar.. em, memangla kami ni x suka delay... mahu dapat keputusan terus... em, tidak mengapa sesi bergambar sambil menunggu sunset ini sangat menyeronokkan... i like!!!
selesai sunset, kami jalan2 cari makan pula... lapar dah nye pun... apa lagi, kami ke Rasa. tadi pun dah survey, memang kawan-kawan pun minat nak makan di sini... wah, makan besar... pedas pula tu makanannya.. namun, makanannya sedap x terhingga... sehingga licin hingga ke tulang.. nyummy...
selesai makan2 dan bayar (within the bajet), kami pun menyusuri jalan pantai cenang sambil memerhatikan sourvenir yang ada di sekitar.. dapat la sesuatu untuk diberikan kepada mereka yang bersesuaian... selesai shopping kecil-kecilan kami jalan2 di pantai cenang dan kembali ke bilik kami yang x seberapa itu..
sebelum tunggu turn nak mandi, macam2 hal yang berlaku... di dalam bilik yang x seberapa dan dgn kemudahan yang serba kekurangan, kami berhimpit-himpit sambil melayan karenah wan yang suka buat hal.. hahaha tp tidak mengapalah kami semua redho... em, walau apa2 pun, kami tetap enjoy dan masih boleh tidur dengan tenangnya.. alhamdulillah selesai satu hari kami di sini... untuk tatapan, satu gambar sunset yang menarik...
Subscribe to:
Posts (Atom)

