Tuesday, August 6, 2013

rumah ehsan kuala kubu bharu

1 julai 2012, staf e2L ke rumah orang-orang tua di kuala kubu dengan menaiki bas bersama-sama dengan pack food kami. hehe teringat tlc, mesti naik bas pastu ada makanan. x pun, naik bot dengan makanan. hee. tp kali ni nak pergi rumah orang-orang tua, selalu sy hanya ke rumah kanak-kanak. tp specialnya hari ni, kita ke rumah orang tua pula.

perjalanan dengan menaiki bas biasalah sedikit slow. tambah pula perjalanan yg sedikit hodoh dan berbukit bukit pula tu. membuatkan perjalanan smp lambat. pukul 10 macam tu baru sampai. sesampai saja, kita turunkan barang2 yg dibawa seperti kerusi roda, kerusi mandi, pampers dll. kemudian terus menuju dewan. mendengar ucapan ringkas pengetua. satu statement yg menarik minat sy adalah kata pn warga tua kat sini semua macam bayi. diorang mula pakai pampers, dimandikan dan disuapkan. sama macam kita bayi2 dulu.

selesai mendengar ucapan beliau, kami pun menikmati hidangan minum pagi. rezeki berbaloi-baloi sebab rumah ehsan pun sediakan makanan untuk kami. terbaik. selesai makan2, kami pun ke wing yang telah diagihkan. kami dapat pacik2 yang separa sihat la. apa yang kami buat di sana? ada cubaan nak menyanyikan lagu dan menari bersama mereka. kemudian ia diteruskan dengan tugasan memotong kuku. sesungguhnya tiada apa yang memberatkan untuk kami menolong mereka. cuma ada sesetengah dari mereka kurang senang dengan kehadiran kami, justeru itu, kami tidak memanfaatkan masa yang lama di dalam bilik tersebut atas sebab menghormati perasaan mereka.

bagi kawan2 lain, ada yang buat mural, berborak, mendengar luahan hati pacik n macik di sana termasuklah menyuapkan makanan. kebetulan masa kami berada adalah masa makan tengah hari mereka. sayu juga melihat mereka. ada yang sihat, ada yang tidak berapa sihat dan ada juga yang hanya terlantar di atas katil. apa yang kami boleh lakukan hanyalah mengembirakan mereka sementara kami masih ada di sini.

sekitar pukul 12 tgh hari, kami menikmati hidangan makan tengah hari, membeli beberapa barang kenangan dan bergerak semula ke opis kami. perjalanan pulang tidak semeriah perjalanan pergi. mungkin kerana keletihan dan kebanyakannya tidur. hehehe. terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan program lawatan ini. semangat kesukarelaan yang kita cari!!!

No comments:

Post a Comment