Tuesday, August 27, 2013

KK - Keningau - KK

masa di labuan, baru kami tahu bahawa boleh ke keningau guna speed boat, lepas tu ada bas untuk ke keningau. kosnye mungkin lebih murah berbanding penerbangan dari labuan ke kk. tp apa-apa pun sudah beli tiket kan, maybe next time boleh cuba perkhidmatan seperti itu.  ok, teruskan penceritaan ke kk. dr labuan ke kk, alahai x sampai 30 minit pun. sekejap je bah sudah sampai. 

turun flight, kami pergi cari shina. hallo shina, berjumpa kita di sabah bah. hee. shina bawa kami makan di tanjung aru, enak jua tu bah. fresh. around 3, kami pun bergerak ke taxi stand. katanya tambang taxi rm30, tp bila sampai kk ni, baru la tahu tambang nye rm30 seorang, naik taxi mpv ramai2. kalau unser tu, max 7 orang. tp kami hari tu naik 6 orang saja.  maklumlah, beg kami kan meriah. siap naik atas kereta. 

perjalanan taxi dr kk ke keningau mengambil masa dalam sejam 30 minit. kira laju jua tu. dengan taxi kami berhenti2 sebab aircond x jalan + berhenti shi shi 10 minit. haa tp perjalanan nye agak dahsyat. turun naik bukit. bak kata incik man (driver taxi) tu, bukit yg tinggi tu la yang kite nak daki. dah sampai, turun bukit pula. wah. perjalanan berkabus dan agak berbahaya. lokasi kemalangan. berhati-hati la ye. tambah pula kalau hujan. kenderaan berat dan kenderaan yg potong memotong. 

sekitar 5.30, kami sampai keningau. pekan yg agak besar jua. ada beberapa hotel, tp x sangka hotel kami tu kecik je, kat tingkat satu pula tu. macam mana nak angkat beg besar ni? huhuhu. nasib baik lah si awang tu datang. ada la orang tolong kami angkat beg besar lagi berat tu. berehat-rehat di bilik, dalam pukul 8 makan malam. makanan mereka sama je. cuma mungkin bukan selera agaknye. jadi makan je la jajan2 yang ada tu. 

esok pagi. bangun dan bersiap nak masuk kg meninipir. di sini, kami xde kereta sewa. cuma sewa taxi saja. a'ha hari 1, incik taxi lambat sikit. jadi kami sampai di pd pun lambat sikit. pd ni boleh dikatakan seperti pd di perkampungan orang asli. bangunan agak usang. tp suasana damai, pagi di sini sejuk. tengah hari agak panas dan petangnya berangin sepoi sepoi bahasa. yg indahnya. makanan disediakan. terima kasih warga pd sekalian. 

selesai sesi latihan pada hari pertama, kami pulang ke hotel dan merehatkan diri. setiap petang di bandar keningau ada pasar malam. penjual adalah peniaga jawa. bila ke sini baru faham dan nampak sendiri. mereka ni pula jual benda sama. nasi/mee/kue teow goreng yang siap dimasak. murtabak. haa yg istimewa, ada grg pisang. wah. semua pun jual grg pisang. hee ada juge chicken wings. kedai burger. em menarik juge la. 

esoknya, kami breakfast dulu sebelum bergerak ke pd. makan roti canai. semalam makan nasi grg. style org di sini, makan nasi dengan sup. kami makan tgh hari di pd pun, ada sup. layan jua la sup mereka ni. tiba di pd, meneruskan aktiviti seperti biasa. sehinggalah pukul 4.30 petang. sungguh istimewa, kami dapat hadiah. hee terima kasih semua peserta di pd meninipir. balasannye, kami bagi anda sijil pula. tahniah...

kesimpulan yg boleh dibuat di sini, keningau tempat yang sejuk juge. mungkin lokasi nye yg di atas bukit. tp pesanan incik taxi kami sepanjang kami berada di sini ialah hati2 bila malam, jangan mudah percaya dengan orang. baik incik. pesanan anda kami semat dalam hati. orang di sini jua mudah mesra dan x sombong. bercakap saja mereka. sangat senang rasanya berkomunikasi dengan mereka di sini. 

selesai semua kerja, kami balik ke kk. memandangkan ketidakselesaan di hotel dan masa penerbangan awal pagi. jadi kami pulang ke kk sehari lebih awal dari jadual asal. perjalanan keluar dari keningau ke kk memakan masa lebih lama. kata incik taxi, dia ikut jalan lain yg lebih landai. lagipun cuaca petang ni hujan. bertambah lambat lah perjalanan kami. ada pula segerombolan lembu yang melintas. perlu berhati-hati di sini.

kebetulan pula ada jalan sedang dibaiki. lori treller tersangkut sikit. cemas seketika. perjalanan terhenti selama 10 minit. alhamdulillah situasi cemas hanya seketika dan perjalanan kami diteruskan. kami tiba di kk pada pukul 8.15 macam tu. check in di hotel sixty3, cadangan mel. memang terbaik la hotel ni. sungguh selesa. toilet luas. bilik besar. tv ada nama saya. wifi je hampeh. tp nasib baik ada LTE. xde masalah internet. syok je melayari internet dgn lajunye. hee. malam di kk indah seketika. esok masuk kampung pula. jumpe balik nanti. selamat malam. 


pemandanga indah di kg meninipir, keningau. bye...

2 comments:

  1. Tahniah kerana berjaya menjejakkan kaki di bumi Sabah khususnya di Bandar Keningau. Sya sbgai org Sabah@org Keningau sangat brtrima kaseh dgn pujian akak kepada pnduduk di Keningau..

    Terima kasih daun keladi,
    Ada masa datanglah lagi :)

    ReplyDelete